However you try to deny your feeling. Believe that, your heart never lie you about what you feel are.

Thursday, 30 August 2012

Tolong sampaikan pada Si dia....



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya...
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa...

Tolong nasihat si dia, jangan menyintaiku lebih dari menyintai yang Maha Esa...
Tolong nasihat si dia, jangan mengingatiku dari dia mengingati yang Maha Esa...
Tolong nasihat si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana telapak itu syurganya...
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupanya...
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya....
Tolong ingatkan si dia Aku kasihinya kerana santunya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angan...
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya....

Tolong khabarkan pada si dia, Aku tidak mahu melekakan dia...
Tolong khabarkan pada si dia, Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya....
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaannyaku...

Tolong sampaikan pada si dia, Aku mendambakan cinta suci yang terjaga....
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa...
Tolong samapaikan pada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri....

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia...Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia...Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...