However you try to deny your feeling. Believe that, your heart never lie you about what you feel are.

Friday, 28 December 2012

Cerpen Part last (ending)


Keesokkanya harinya, aku ditemani umi dan kakak ke hospital bertemu dengan Doktor Fikah. Aku sendiri hairan, apa tujuannya Doktor Fikah mahu bertemu denganku ?

     Daun pintu aku tolak dengan tongkat di tangan. Kakak memimpin aku duduk di kerusi. Aku hanya tersenyum.


     "Assalamualaikum...Doktor Fikah," aku tidak tahu di mana kelibat Doktor Fikah. Mungkin dihadapanku.


     "Waalaikumsalam.. Zarah. Apa khabar Zarah ?" suara lembut Doktor Fikah kedengaran di cuping telinga.


      "Alhamdulilah, baik. Hal apa yang Doktor Fikah mahu bincangkan dengan Zarah?" aku terus bertanya tidak mahu berlengah-lengah lagi.


     "Sebenarnya begini Zarah, kalau Zarah mahu, Zarah boleh lakukan pembedahan mata. Penderma kita boleh cari untuk mengantikan mata Zarah." Aku terkesima sebentar. Apakah ? Aku tidak salah dengar kan ?


    "Betul kah doktor ?" Aku masih tidak percaya akan kenyataan yang baru dikatakan oleh Doktor Fikah.


    "Ya, Zarah." Bahuku diusap lembut oleh tangan umi.


    "Ya Allah, alhamdulilah...Terima kasih Ya Allah. Terima kasih doktor Fikah." Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sebegini. Terima kasih Ya Allah.


   "Kalau Zarah dan keluarga sudah setuju, umi atau kakak Zarah boleh tandatangan beberapa dokumen persetujuan untuk menjalani pembedahan."


   "Umi...kakak..."


  "Tidak mengapa, biar kakak yang tandatangani dokumen ni semua ya. Apa-apa pun, Zarah mesti jalani pembedahan ni."


*****

Seusai menyelesaikan dokumen persetujuan pembedahan, aku ditahan di wad sementara waktu sebelum hari pembedahan. Pelbagai perasaan menyelubingi aku tika ini. Risau, resah, takut dan gembira. Risau dan resah kerana aku bakal menjalani pembedahan. Takut jika pembedahan ini tidak berjaya. Gembira kerana aku akan melihat semula seperti dulu. Aku akan tolak segala perasaan itu. Apa yang patut aku fikirkan, Allah sentiasa bersama aku. In shaa Allah, dengan izin-Nya, pembedahan ini berjalan dengan lancar.

     Aku tersedar daripada lena. Aku langsung tidak sedarkan diri sebelum pembedahan. Terpisat-pisat aku bangun daripada lena. Balutan yang menutupi mata dibuka oleh Doktor Fikah. Perlahan-lahan aku cuba membuka kelopak mata. Terkelip-kelip mataku melihat sekeliling. Wajah yang sudah lama tidak kulihat semenjak aku buta.


    Ya Allah... alhamdulilah Kau beri aku peluang melihat untuk kali kedua. Syukur ke hadrat Ilahi. Kau makbulkan doa-doaku dan doa-doa mereka yang mendoakan kesembuhanku. Aku berjanji tidak akan sesekali mensia-siakan peluang ini.


   "Zarah...ni umi, nak.." aku memandang ke arah wajah umi. Rindu sungguh rasanya. Aku terus memeluk umi. Setelah itu, pelukan dileraikan. Aku menyeka airmata kesyukuran umi. Aku mengalih pandangan ke arah tubuh kecil dihujung katil.


   "Nani ?" tubuh kecil itu terus memelukku.


   "Zarah, alhamdulilah pembedahan ni berlajan lancar. Zarah kena jaga baik-baik mata ni ya." pesan Doktor Fikah lembut.


   "Alhamdulilah. Terima kasih, Doktor Fikah. In shaa Allah, Zarah janji akan jaga mata baik-baik." sempat aku memanggil Doktor Fikah sebelum dia berlalu.


   "Doktor, boleh saya tahu, siapa Hamba Allah yang telah mendermakan mata ini buat saya ?" Doktor Fikah hanya tersenyum manis.


*****

SETAHUN KEMUDIAN....

Telekungku buka dan lipat. Kemudian sejadah juga aku lipat. Aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Hampir setahun berlalu selepas aku menjalani pembedahan. Alhamdulilah, aku dapat menjalani hari-hariku seperti sediakala. Sepasang mata ini aku gunakan sebaik mungkin. Dan tidak mungkin aku ingin mensia-siakan sepasang mata yang telah dipinjamkan buatku. Aku tidak akan lupa jasa baik Hamba Allah itu atas kesanggupannya mendermakan sepasang mata ini buatku. Subahanallah...

     Aku melangkah ke tempat biasaku. Sudah beberapa jam, aku dan keluargaku di teratak sampai di resort untuk menghadiri majlis barbeku yang teman baik abang adakan. Dengan besar hati kami menerimanya. Aku duduk di atas bangku disitu. Merenung jauh ke arah tumbuhan hijau yang terbentang luas itu.


     "Assalamualaikum, Zarah" Terkejut dibuatnya aku. Tiba-tiba saja ada orang memberi salam ketika aku sedang dibuai dengan keindahan alam dihadapanku. Aku bangun dan menoleh ke arah suara itu.


    "Waa...waalaikumsalam. Ezairy ? " betapa terkejutnya aku dengan susuk tubuh dihadapanku ini. Betulkah ? Aku tidak silap lihat kan ? Aku mencubit pipiku sikit untuk memastikan yang aku bukan sedang bermimpi.


    "Zarah tak bermimpi di siang harilah. Ni memang saya Ezairy." tegur Ezairy. Aku termalu sendiri. Mengapa Ezairy boleh berada disini sedangkan sekarang dia sepatutnya di luar negara menyambung pembelajarannya ?


    "Bagaimana Ezairy boleh ada disini ? Bukankah seka..." belum sempat aku menghabiskan kata, Ezairy terlebih dahulu memotong.


   "Saya dijemput sekali untuk memeriahkan majlis. Sekarang saya sedang bercuti, jadi saya pulang ke sini untuk melawat mak, keluarga dan kawan-kawan saya" seraya itu Ezairy senyum. Oh, begitu rupanya. Aku teranguk-anguk.


    Teringat aku, perbualan dengan Doktor Fikah mengenai penderma yang baik hati mendermakan sepasang mata buatku.


   "Boleh saya tahu, siapa Hamba Allah yang telah mendermakan mata ini buat saya ?" Doktor Fikah hanya tersenyum manis.


    "Ezairy...yang..."


    "Hah ? Ezairy ?" Doktor Fikah tersenyum lagi sambil menggeleng.


    "Bukan Ezairy. Dia cuma tolong carikan penderma untuk Zarah. Hamba Allah tu ialah kawan Ezairy."


    "Boleh saya jumpa Ezairy dan kawan dia ?" aku sungguh terhutang budi kepada mereka. Dan paling penting, aku ingin sekali mengucapkan terima kasih.


   "Maaf, Zarah. Ezairy tak ada disini sekarang. Dia ke luar negara sekarang untuk sambung belajar. Beberapa jam yang lalu, dia bertolak ke sana." Hampa sekali aku mendengar. Bagaimana aku ingin mengucapkan terima kasih ini. Aku memejamkan mata.


    "Zarah ? Jauhnya Zarah mengelamun" aku tersentak. Ya Allah. Aku tak perasan yang aku sudah jauh termenung.


   "Minta maaf. Ezairy, boleh Zarah tahu kenapa Ezairy susah payah carikan penderma mata untuk Zarah ?"


   "Hmm...sebab Kak Fikah kata yang awak masih boleh melihat kalau ada yang ingin mendermakan mata. Jadi, saya tolong carikan penderma mata untuk Zarah. Kawan saya, sudi dermakan sepasang mata dia untuk awak."


   "Di mana dia sekarang?"


   "Dia dah tak ada. Dia dah meninggal masih dia dermakan mata dia untuk Zarah." Subahanallah...Ya Allah. Mulia sungguh hati orang itu. Moga dia di tempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Aku tidak dapat menahan sebak. Cepat-cepat aku menyeka airmata yang mengalir dipipi. Kebetulan Nani datang menghampiri kami.


   "Kak Zarah, umi panggil makan. Abang Ezairy pun sama." Kami hanya mengangguk.


   "Jom, kita makan Zarah." pelawa Ezairy sebelum melangkah untuk pergi.


   "Tunggu Ezairy!" Langkah Ezairy terhenti lalu menoleh ke belakang.


   "Zarah...nak ucapkan terima kasih pada Ezairy. Hampir setahun, baru sekarang Zarah berkesempatan untuk ucap terima kasih pada Ezairy. Terima kasih atas bantuan yang tidak ternilai harganya. Moga Allah membalas jasa baik Ezairy dan teman Ezairy."


   "Sama-sama. Ketika Allah mengambil sesuatu yang baik dari hidup kita bersyukurlah, kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik buat diri kita." Ezairy tersenyum.


   "Ermm.." aku mengganguk seraya tersenyum. Kami berjalan bersama Nani ke resort untuk menjamah makanan yang telah disediakan. Terima kasih Ya Allah, kau menghadirkan aku seorang teman yang sungguh berhati mulia. Aku sendiri tidak menyangka dia bakal menolongku. Syukur ke hadrat Ilahi. Selepas ini aku akan sentiasa ingat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikamah disebaliknya.



.::TAMAT::.

Cerpen Part 3


Keesokkan harinya, setelah diberi keizinan oleh Doktor Fikah, aku dibenarkan keluar dari wad. Aku diam saja ketika di dalam kereta. Sejak aku diberitahu bahawa aku disahkan buta selepas menjalani pembedahan barah otak, aku seperti putus harapan. Kenapa aku diberi dugaan sebesar ini ?

    "Zarah, doktor sahkan Zarah buta selepas menjalani pembedahan semalam sayang," Perkara yang sungguh mengejutkanku. Astafirullahalazim...


    "Umi...kenapa Zarah umi ? Kenapa tidak orang lain?" aku menangis seperti orang hilang akal. Aku meraung-raung. Aku lupa bahawa Allah sedang menguji aku.


   "Istighfar Zarah..." umi cuba menenangku. Selepas beberapa hari, aku tidak mahu makan, minum dan melakukan kerja-kerja lain. Aku hanya duduk di dalam bilik bersendirian. Makanan yang dihantar ke bilik, hanya dipandang sepi, tidak kuusik langsung.


   Aku hanya di dalam duniaku sendiri. Aku langsung tidak menghirau yang lain. Umi, kakak, abang serta adik-adik yang lain amat risau tentang diriku. Tetapi aku masih begini.



*****


Aku mendengar derapan kaki melangkah masuk ke bilik. Mungkin menghantar makanan untukku. Tiba-tiba terasa bahuku dipegang.


    "Zarah, mari kita keluar ambil angin, nak." aku diam tidak menjawab apa-apa.


     "Hampir lima hari Zarah duduk di dalam bilik saja. Zarah mesti bosan kan ?" umi cuba memujuk aku lagi. Aku berpaling dan cuba mencari-cari susuk tubuh umi.


     Aku cuba untuk bangun. Umi memapahku keluar dari bilik dan melangkah ke taman. Aku duduk di kerusi kayu berdekatan kolam ikan. Suara riuh adik-adik kedengaran di cuping telinga. Mereka cukup bertuah. Masih diberi peluang melihat. Siang atau malam bagiku sama saja kerana duniaku gelap.


     "Zarah, mari makan, nak. Sejak kelmarin Zarah tak jamah apa-apa. Nanti perut tu masuk angin." aku hanya diam. Memang aku tidak menjamah makanan langsung. Terasa pahit untuk aku mengunyah makanan.


     Mahu tak mahu, aku terpaksa makan juga untuk menyedapkan hati umi. Umi menguapkan nasi ke mulutku.


     Aku terharu. Masih ada yang menyayangi dan mengambil berat tentangku walaupun aku seperti ini. Rasa ingin menangis tetapi airmata seperti kering.


     "Nani, mari tolong kejap,"


    "Ada apa umi ? " Nani yang tadi mungkin sedang bermain menghampiri aku dan umi. Termengah-mengah dia berlari.


    "Umi nak ambil air untuk kak Zarah. Nani tolong tengok kak Zarah kejap ya," Setelah umi pergi, masing-masing hanya diam saja. Dulu, asal berjumpa, pasti ada saja cerita yang kami bualkan. Tapi sekrang tidak lagi.


   "Kak Zarah....Nani minta maaf," perlahan saja ucapan Nani di cuping telingaku. Aku mengeluh kecil.


    Nani mungkin agak menekan aku pada asalnya, tapi aku tak berhak memarahinya. Aku juga bersalah.


   "Akak...Nani minta maaf sangat. Nani bersalah. Sebab Nani akak jadi macam ni." Dia meraih tanganku.


    "Tak mengapalah Nani. Bukan salah Nani pun."


    "Terima kasih, kak Zarah." aku hanya mampu tersenyum.


*****


 Kehidupan seharianku berjalan seperti biasa. Walaupun aku masih cuba membiasakan diri dengan keadaanku. Tapi tidak menjadi penghalang aku menjalani kehidupan seperti orang lain. Sedikit demi sedikit aku cuba menerima kenyataan. Cuba berada di dunia nayata. Bukan di duniaku sendiri.


    Aku sungguh bersyukur kerana ramai yang mendorong dan memberiku semangat. Aku reda, mungkin ada hikmah disebalik ujian ini. Aku cuba kuatkan diri menjalani ujian ini. Umi selalu menasihati aku agar selalu tabah.


    Pada hujung minggu, umi dan mak cik yang lain merancang untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan teratak. Sedihnya, aku sudah tidak dapat melihat teratak yang tersergam indah itu.


    Pastinya mereka sedang bertungkus-lumus bergotong royong sedangkan aku hanya duduk saja tanpa membantu. Ah! aku terasa aku hanya tunggul tidak berguna. Aku bangun dari tempat duduk ku, mencari kelibat Nani. Mungkin aku boleh menolongnya.


    Tongkat ditangan aku guna untuk menunjuk arah. Nasib baik aku sudah lali dengan kawasan teratak tanpa bantuan orang lain. Tapi rupanya, aku silap. Aku tidak sedar bahawa ada longkang menanti dihadapan.


    "Kak Zarah!! Longkang tu." satu suara memjerit memberi amaran. Alhamdulilah.... ada tangan yang sempat menegahku daripada terjatuh ke dalam longkang.


    Kakak memapahku untuk duduk di kerusi kayu berdekatan kolam. Sebuah keluahan aku dengar daripada mulut kakak. Aku sedar, aku susah menyusahkan kakak.


    "Zarah nak ke mana? Lain kali hati-hati ya. Kalau nak apa-apa panggil saja Nani." Pesan kakak.


   "Kak, Zarah minta maaf. Zarah tahu, Zarah menyusahkan kakak. Zarah bosan duduk disini saja tanpa buat apa-apa."


    "Zarah, Zarah nak tolong apa dalam keadaan Zarah begini ?" Aku seperti tersentak dengan kata-kata kakak.


  "Zarah tahu Zarah buta. Zarah sudah tidak berguna lagi kan ? Kenapa masih nak jaga lagi Zarah ? Kenapa tak biarkan saja Zarah ? Zarah memang sudah tidak berguna dan membebankan semua orang disini." Aku menjadi terlalu emosi. Aku tidak sedar akan kata-kataku sendiri. Airmata yang seperti sudah kering, hari ini mengalir jua untuk sekian kalinya.


    "Zarah! Kenapa cakap begini ? Apa yang Zarah mengarut ni, nak?" Suara umi jelas di cuping telingaku. Aku menangis teresak-esak. Tubuhku dipeluk erat. Belakangku diusap lembut.


    "Akak minta maaf Zarah. Akak tak sepatutnya berkata begitu kepada Zarah." pelukan dileraikan. Tangan kakak menyeka airmataku yang mengalir.


   "Lepas ni, akak tak mahu dengar lagi, Zarah kata Zarah menyusahkan kami atau Zarah tak berguna. Faham tu ? Kami tak pernah anggap Zarah membebankan kami, walaupun Zarah buta." Pesan kakak lembut.


    Aku hanya mengganguk saja.


*****


Atas permintaanku, kakak telah membawa aku ke resort yang pernah aku duduki dulu. Lama benar aku tidak ke sini. Bagaimanalah agaknya rupanya resort ini sekarang ? Sayang, aku tak dapat melihatnya lagi. Aku ingin sekali ke tempat biasaku, walaupun aku tidak lagi dapat melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa. Cukup sekadar menghirup udara segar di situ.


     Kakak mendudukkan aku di atas bangku di situ. Udara yang cukup nyaman. Hilang sebentar runsing di hati.


     "Assalamulaikum...Zarah," Aku terkedu sebentar. Satu suara yang pernah aku dengar, tapi siapa dia ?


    "Waalaikumsalam....Siapa ? Siapa, kakak ?" Aku cuba bertanya kakak yang berada disebelahku.


    "Saya Ezairy. Zarah ingat lagi pada saya ?" Satu nama yang sudah lama aku tidak temui. Kali terakhir aku melihatnya sebelum aku disahkan buta. Apa tujuannya berada disini? Dan bagaimana dia boleh tahu aku ada di sini? Ah, terlalu banyak soalan yang ingin aku tanyakan. Mungkin saja ini secara kebetulan. Aku hanya mampu tersenyum kepadanya.


   "Apa yang Ezairy buat disini ?" Tanyaku inginkan kepastian.


   "Saya menenangkan fikiran disini. Dan Zarah ?"


   "Saja jalan-jalan. Ambil angin." Tangan kakak aku gengam agar jangan pergi dari tempat duduknya. Lagipun tidak manis kalau aku hanya berdua dengan Ezairy. Kami hanya membisu tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Aku juga agak kekok untuk berbual dengannya.


    "Saya harap Zarah lebih tabah menghadapi segala ujian ini. " Tutur Ezairy lembut setelah beberapa minit membisu.


    "Ermm...." itu saja yang mampu keluar daripada mulutku. Aku tak tahu apa yang sepatutnya dijawab.


    "Saya faham, pada awalnya Zarah seperti tidak dapat menerima, tapi saya percaya lama kelamaan, Zarah pasti dapat menjalaninya dengan baik." Ujarnya yakin. Tuturnya seperti seseorang yang sudah lama mengenaliku.


    "Kak, Zarah, saya minta diri dulu. Nak pergi makan." Pamit Ezairy.


    "Terima Kasih...Ezairy." Ucapku perlahan.


****


Aku berjalan menuju ke dapur dengan menggunakan tongkatku untuk menunjuk arah. Tanganku meraba-raba mencari kerusi.


    "Eh, Zarah. Mari duduk, nak." Lenganku dipegang seraya aku duduk di kerusi.


    "Umi masak apa hari ni ? Sedap baunya." Tanyaku apabila terbau masak sambal tumis.


    "Umi masak makanan kegemaran Zarah. Oh ya, Zarah, umi ada benda hendak beritahu kamu." Kedengaran seperti serius saja.


    "Apa dia umi ?"


    "Tadi, kakak kamu dapat panggilan daripada hospital"


    "Hospital ?" Tanyaku inginkan kepastian. Aku agak terkejut mendengarnya.


    "Doktor Fikah yang menelefon. Dia kata, dia ingin bertemu dengan kamu kerana ada hal yang ingin dibincangkan. Tapi umi tidak pasti pula hal apa yang ingin dibincangkan."


    "Bilanya Doktor Fikah hendak berjumpa Zarah ? "


    "Esok pagi, jam 10.30 pagi."


    "Hmm...baiklah umi. Nanti umi dengan kakak teman Zarah ya."


Cerpen Part 2


 "Zarah jemput tetamu yang sudah datang masuk," aku mengikut saja arahan umi. Aku berdiri di muka pintu seperti penyambut tetamu. Bahuku ditempuk lembut oleh seseorang. Aku menoleh. Doktor Fikah.

     "Assalamualaikum, Doktor. Silakan masuk. " Sapaku mesra. Doktor Fikah tersenyum manis.


     "Waalaikumsalam, Zarah. Tak payah ber-doktor-doktor lah. Kak Fikah sahaja. Bagaimana kesihatan kamu?"


     "Seganlah. Alhamdulilah, semakin baik. Berbual di pintu pula. Mari masuk. Kak Fikah boleh berjumpa umi." Kami beriringan masuk. Seseorang dari tadi hanya membuntuti Doktor Fikah. Mungkin abang atau adiknya. Aku ingin bersiap kerana majlis akan bermula tidak lama lagi. Aku juga ingin melihat adik-adik. Nani sudah siap belum agaknya ? Aku mencarinya setelah bersiap.


    "Kak Zarah! Nani di sini," tegur Nani mengejutkan aku. Lemah semangat.


    "Adik-adik sudah siap ?" soalku. Nani mengangguk. Baguslah. Aku ingin memastikan majlis berjalan dengan rapi.


    Alhamdulilah, majlis tamat pada jam 10.00 malam. Usai saja menjamah makanan yang disediakan, tetamu beransur pulang. Doktor Fikah turut meminta diri untuk pulang. Umi tersenyum puas kerana majlis doa selamat berjalan dengan lancar. Alhamdulilah Ya Allah. Syukur ke hadrat Ilahi.



*****


Ain berjalan menuju ke arahku. Dia lalu membisikkan sesuatu. Aku tersenyum seraya mengucapkan terima kasih. Aku terus menghayun langkah ke taman berdekatan teratak. Kelihatan Nani telah menungguku. Aku memberikan senyuman kepadanya.


     "Assalamualaikum, Kak Zarah," sapa Nani kepadaku. Aku mengambil tempat disebelahnya.


     "Waalaikumsalam, ada apa yang Nani hendak jumpa akak ni?" Nani tersenyum penuh makna.


    "Akak lupa ya?"


    "Akak rasa tak lupa apa-apa. Cuba beritahu akak."


    "Akak ada janji sesuatu dengan Nanilah." Aku terdiam seketika. Aku sudah ingat.


    "Ohh... Akak ingat. Jadi?" aku menduga Nani.


    "Akak kena beritahu Nani sebabnya," bagaimana aku ingin memberitahunya? Ya Allah bantu hambaMu. Segaris senyuman dibibirku.


   "Nani sayang kak Zarah tak ?"


   "Mestilah sayang. Kak Zarahkan kakak Nani."


   "Akak minta dengan Nani, beri akak masa untuk ceritakan semuanya kepada Nani. Boleh ?" Nani kelihatannya kecewa mendengar jawapanku.


  "Terpulang Kak Zarah...Nani masuk dulu. Assalamualaikum" Salam Nani aku jawab di dalam hati. Maafkan akak, Nani. Akak betul-betul tidak bersedia. Airmata yang mengalir dipipi aku kesat dengan hujung jari.



*****


Aku menghampiri umi yang sedang mengupas bawang. Aku turut mencapai bawang  lalu mengupasnya. Aku menarik nafas perlahan-lahan untuk menenangkan hati.


  "Umi...Zarah ada sesuatu nak bincang dengan umi," aku memulakan bicara.


  "Ada apa yang Zarah ingin bincangkan?" Umi menghala pandangan kepadaku.


  "Zarah cadang ingin ke resort. Lama Zarah tak ke sana umi," Umi terdiam seketika. Aku mulai berasa serba salah akan cadanganku.


  "Umi, kalau umi tidak benarkan Zarah ke sana, Zarah takkan ke sana."


  "Zarah, umi izinkan. Cuma...umi risaukan keadaan kamu. Umi nak kamu sentiasa di sisi umi dan umi ingin pastikan kamu betul-betul sihat," Umi sangat memahami aku. Aku bersyukur Ya Allah mempunyai seorang ibu seperti umi.


  "Terima kasih umi..." Aku memeluk umi erat. Umi turut membalas sambil menepuk lembut bahuku.


*****


 Bilik di resort yang aku pakai dulu masih belum diberi kepada pengunjung lain. Aku bercadang untuk tinggal di resort itu selama beberapa hari. Walaupun umi memberi keizinan, kakak mesti menemaniku. Nasib baik kakak tidak berkira. Abang juga tidak kisah aku tinggal disini. Lebih mudah menjengukku, katanya.


        Aku minta izin kakak untuk keluar ke tempat biasaku. Rindu pula. Lama aku tidak ke sini. Tiada perubahan masih seperti sebelum aku meninggalkan tempat ini. Aku membuang pandangan melihat kehijauan alam. Pandangan yang sungguh indah. Aku mengerling ke jam di tangan. Hampir jam lima petang. Aku harus pulang segera. Langkahku terhenti. Satu susuk tubuh yang pernah ku lihat. Dia seperti termangu seketika.


       Aku tidak menghiraukannya. Kepalaku tundukkan sedikit seraya berlalu dari situ. Sesampai di resort abang dan kakak sudah menungguku untuk minum petang.


       "Zarah mari kita minum petang dulu," pelawa abang mesra. Kepalaku angkat memandang mereka.


       "Abang dengan kakak minumlah dulu, Zarah mahu solat Asar dulu." Aku terus berlalu ke bilik untuk membersihkan diri serta menunaikan solat Asar. Seusai solat, kakak sudah duduk berdekatanku sambil memegang secawan teh panas.


       "Ni untuk Zarah. Akak tahu, Zarah kalau sudah duduk disini, memang tak keluarlah jawabnya," Kakak menghulur cawan teh itu kepadaku lalu aku menyambutnya.


       "Terima kasih kak," Aku memberikan senyuman kepada kakak. Aku menghirup teh itu perlahan.


       "Zarah, akak tengok muka kamu sejak kebelakangan ni pucat saja. Ada apa-apa masalah kah ?"


       "Tak ada apalah kak. Mungkin penat kut."


       "Kalau Zarah ada masalah, ceritalah dengan akak. Akak sedia mendengar. Lagipun tak elok kita pendam berseorangan kan?" Aku memang tidak boleh berselindung lagi, kakak pasti akan bertanya sehingga mendapatkan jawapan. Aku terpaksa menceritakan segalanya kepada kakak.


       "Akak harap Zarah tidak terlalu banyak berfikir. Boleh menyebabkan tekanan. Satu hari nanti Nani pasti akan tahu juga, tapi seeloknya biarlah dia tahu daripada mulut Zarah sendiri."


       "In shaa Allah kak,"


*****


Jam lonceng di tepi katil ku lihat. Pukul 8.30. Aku tertidur selepas menunaikan solat subuh tadi. Badanku seperti panas dan kepala terasa berat. Aku mengagahkan badan untuk bangun. Pening sekali kepalaku. Aku mengurut-urut kepalaku sambil tangan mencari ubat di dalam laci. Aku mencapai air botol dan menelan beberapa biji pil.


         Kakak langsung tidak kelihatan. Aku berjalan keluar dari bilik. Aku cuba mencari kelibat kakak. Kenapa makin pening ni? Ya Allah, kuatkan aku. Kelibat kakak sudah hampir denganku.


        "Eh, Zarah. Kenapa ke sini? Akak minta pembantu chef masakan Zarah bu...." Sekelilingku berpusing-pusing, pandanganku kabur.


        "Kakk....." Aku rebah tapi terasa diriku ditahan seseorang daripada terjatuh.


*****


Aku menggosok-gosok mata. Kepala masih berdeyut lagi. Aku cuba untuk bangun. Kakak kata, aku terlalu banyak berfikir sehinggakan aku tidak menjaga makan. Alhamdulilah, tiada apa-apa yang berlaku. Aku memandang sekelilingku. Tiada kelibat umi dan kakak. Tanpa aku sedar, rupanya Nani berada disebalahku. Duduk di sofa yang disediakan. Matanya tajam memandangku.


        "Nani...mana yang la..." belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Nani sudah berlari meninggalkan aku. Kenapa dengan Nani ni? Tiba-tiba saja lari tinggalkan aku. Kedengaran derapan kaki. Kelibat kakak dan umi menghampiri aku.


       "Akak, kenapa dengan Nani ?" aku terus bertanya ketika kakak meletakkan makanan.


       "Maafkan akak, Zarah. Akak terpaksa ceritakan semuanya kepada Nani. Nani seperti mendesak." nada kakak seperti serba salah. Aku yang bersalah. Terlalu berlengah-lengah.


     "Tak mengapalah kak, nanti biar Zarah cuba pujuk Nani ya?" jururawat membenarkan aku keluar sebentar dari wad selepas menelan beberapa biji pil.


     Aku berjalan mencari kelibat Nani.


*****


 "Nani..." Aku menghampiri Nani yang sedang duduk di kerusi kayu berhampiran taman permainan yang menjadi tumpuan kanak-kanak bermain. Aku mengambil tempat duduk bersebelahan Nani. Nani senyap tanpa seberang reaksi.


     "Nani...akak sebenarnya..." Nani mengalih padangan ke arahku. Tajam sekali.


     "Kenapa kak Zarah tipu Nani hah ? Kenapa susah sangat kak Zarah nak beritahu Nani tentang benda ni?" Nani menyergahku dengan pelbagai soalan.


     "Perkara macam ni kak Zarah tak boleh simpan sendiri. Bahaya tahu tak ? Semua orang risau sangat dengan keadaan akak" Sambungnya lagi. Nani begitu marah tapi cuba di kawal suaranya.


     "Akak minta maaf, akak tak nak menyusahkan sesiapa pun, jadi akak ambil keputusan untuk merahsiakan"


     "Apa guna Nani dan yang lain sebagai adik akak ? Lagi susah bila akak tidak beritahu kami.  Kalau akak sakit sekali pun, apa salahnya kami pula menjaga akak. Akak sudah menjaga kami sejak kecil lagi." Airmata yang tadi cuba ditahan, mengalir jua. Nani terus pergi setelah menghabiskan kata-katanya. Dia sungguh kecewa denganku.


    Ya Allah...bersalahnya aku kerana tidak menceritakan yang sebenar mengenai penyakitku kepada Nani.

Kata-kata Nani sebentar tadi cukup membuatku rasa seperti ditekan. Kepalaku terasa pening. Ya Allah kuatkan hambaMu. Aku cuba menenangkan perasaanku.

   "Saudari... okey?" kedengaran suara menyapaku. Aku menoleh. Aku terkedu melihat susuk tubuh dihadapanku. Bagaimana dia boleh ada disini ? Tiba-tiba dia menghulur kepadaku sebotol air mineral. Aku menyambutnya untuk menghilangkan sedikit pening.


   "Terima kasih encik.." Dia hanya tersenyum.


   "Kenapa Zarah duduk diluar sendirian ?" Aku tidak salah dengar kan ? Dia menyebut namaku. Bagaimana dia tahu namaku.


   "Bagaimana encik tahu nama saya?" soalannya aku balas dengan soalan. Dia masih tersenyum. Pelik sungguh lelaki ini.


   "Oh ya, saya adik doktor Fikah. Panggil saya Ezairy. Kakak pernah bercerita mengenai Zarah." Oh jadi sebab itu dia mengikuti Doktor Fikah ketika majlis kenduri di teratak.


   "Zarah minta diri dulu. Saya sudah lama diluar takut ada doktor ingin buat pemeriksaan. Assalamualaikum."


  "Waalaikumsalam.." Aku segera beredar. Tidak mahu berlama-lama. Takut kakak dan umi risaukan dan tercari-cariku.


*****


Kenapa kepalaku semakin sakit ? Seperti diketuk-ketuk. Arrghh! Aku memegang kepala yang seperti ingin pecah rasanya. Semalam elok saja, tapi hari ni menjadi sakit sangat. Ya Allah...


    "Umi...kakak..." Pandanganku seperti kabur,tidak dapat melihat dengan jelas.


    "Zarah, kenapa ni ? Panggil doktor cepat," Aku hanya bisa melihat wajah umi dalam samar-samar sahaja. Aku tidak dapat menangkap butir-butir percakapan doktor Fikah dengan umi, yang cuma kudengari hanya...


    "Kita perlu lakukan pembedahan sekarang..." Selepas itu aku terus tidak sedarkan diri.


*****


Tanganku bergerak-gerak sedikit demi sedikit. "Alhamdulilah...Zarah dah sedar. Umi, Zarah dah sedar."


     Aku mendengar butir-butir ucapan syukur. Mataku cuba buka. Gelap. Sekelilingku gelap. Aku mengosok-gosok mataku. Masih gelap. Ya Allah apa yang sudah terjadi? Pandanganku gelap. Aku cuba bangun. Terasa ada tangan memegang bahuku membantu aku.


   "Umi...kakak...Nani....mana kalian?" aku seperti tercari-cari keberadaan mereka.


   "Mana semua orang ? Kenapa Zarah tak nampak semua orang? Tolong Zarah! " Airmata mengalir di pipi. Aku dipeluk oleh seseorang.


   "Sabar,nak..." Umi...aku menangis teresak-esak dalam pelukan umi.


Cerpen Part 1


Suasana hening di waktu pagi, embun membasahi tumbuhan hijau. Melihat keindahan daun yang menghijau sungguh menyenangkan. Subahanallah, memang indah segala ciptaan Tuhan. Aku melangkah kaki ke sebuah gerai berdekatan. Seusai menunaikan solat subuh tadi, aku terus melangkah ke tempat biasaku untuk mengambil angin pagi. Nyaman rasanya. Segalanya yang memberatkan minda seperti hilang seketika. Seperti yang aku sangkakan, kakak dan abang sudah menunggu kehadiranku.

     "Assalamualaikum, akak dan abang. Zarah ada beli sarapan untuk akak dan abang."


     "Waalaikumsalam. Terima kasih Zarah. Mari makan sekali." pelawa kakak. Aku memberikan senyuman.

            
     "Tak mengapa kak, Zarah tak lapar lagi. Abang dengan akak makanlah. Zarah masuk ke bilik." Aku  menolak pelawaan kakak.

     "Zarah kena jaga kesihatan. Makan sikit ya." Aku terpaksa turutkan untuk menjaga hatinya. Sememangnya aku tidak mahu makan walaupun terkadang perut minta diisi. Terasa pahit tekak ini menerima makanan, aku kuatkan juga untuk menguyah makanan.



*****


Seusai sarapan,aku menelan beberapa biji pil. Lega sikit rasanya. Hampir semimggu lebih aku berada di Resort kepunyaan sahabat baik abang. Resort ini mempunyai kedudukan yang strategik dan permandangan yang menyamankan. Kakak dan abang yang mencadang tempat ini untukku. Aku mengambil tempat di balkoni bilik.


    Abang sudah ke pejabat selepas sarapan,kakak pula ke kedai membeli barang. Setiap hari kakak akan memastikan aku dalam keadaan selamat setelah abang ke pejabat selama seminggu lebih di sini. Aku hanya terperap di dalam bilik sahaja kecuali pada waktu pagi selepas subuh,aku pasti akan ke tempat biasaku. Abang tidak membenarkan aku keluar sendirian jika tanpa kakak bersama. Untuk menjaga keadaanku dan keselamatanku, aku ikutkan sahaja arahan mereka tanpa alasan.


   Pada mulanya, terasa bosan tanpa sebarang aktiviti, lama kelamaan aku biasakan diri. Ahh! Rindu untuk berjumpa adik-adik di Teratak Permai Bestari. Tapi apakan daya, aku belum bersedia untuk pulang ke sana. Aku takut mereka tidak dapat menerima kenyataan. Umi pun memahamiku. Ya Allah, kuatkan aku menjalani segala ujianMu.



*****


"Zarah, akak dengan abang rancang nak pulang melihat keadaan umi." aku diam sahaja mendengar rancangan kakak. Kelu lidah untuk berkata. Haruskah aku pulang ? Sedangkan aku belum bersedia lagi. Aku juga ingin melawat umi. Rindu ingin melihat wajah bersih umi yang selalu menenangkan hati.


    "Kalau Zarah rasa belum sedia, akak sampaikan salam Zarah buat umi." Lama aku terdiam, akhirnya aku bersuara juga.


     "Kakak, Zarah rindu sangat dengan umi, Zarah ingin sekali berjumpa umi dan adik-adik."


     "Akak faham perasaan Zarah. Kalau begitu Zarah pulanglah bertemu umi. Pasal adik-adik, biar abang dan kakak uruskan." Mataku tidak dapat menahan airmata daripada mengalir. 


    "Terima kasih,kak." Aku terus memeluk kakak.



*****


Hati terasa begitu resah. Adakah apa yang aku buat ini betul? Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Hari ini aku akan bertemu dengan umi. Tapi sayang, hanya sebentar sahaja. Aku berharap kedatangan aku ini memberi kegembiraan dihati umi, walaupun hatiku ingin sekali bertemu adik-adik, terutama sekali Nani. Penghiburku yang manis. Maafkan kak Zarah, Nani. Kakak terpaksa.


      Keadaan agak sunyi ketika kereta abang tiba di pekarangan Teratak Permai Bestari.


     "Zarah, mari ikut akak." aku mengekori kakak masuk ke dalam Teratak. Ekor mataku seperti terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Ya Allah, aku tidak mahu bertemu dengannya lagi. Aku menyegerakan langkah dan wajah yang sangat kurindui sudah berada dihadapan. Alhamdulilah aku diberi peluang bertemu umi yang disayangi. Umi tersenyum manis kepadaku.


     "Assalamualaikum, Zarah anak umi."


     "Waalaikumsalam, umi." Aku tidak dapat menahan airmata lagi lalu memeluk umi erat. Umi mengusap lembut bahuku. "Umi, Zarah rindu sangat dengan umi. Zarah rindu adik-adik, rindu teratak," tersedu aku berkata dalam pelukan umi.


     "Umi faham perasaan Zarah sayang," Kakak turut menangis disamping aku dan umi. Walaupun sebentar pertemuan dengan umi, itu sudah cukup mengembirakan bagiku.


     "Jangan risaukan umi disini, umi boleh menjaga diri. Jaga diri dan kesihatan kamu. Umi akan sentiasa mendoakan kamu disana." Pesanan umi sebelum kami berangkat pulang, masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Terasa seperti ingin terus berada sisi umi di teratak, tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Aku reda dengan ketentuanNya.



*****


Tiba di Resort, kakak menerima panggilan daripada umi. Telefon bimbit kakak diberi kepadaku kerana umi ingin bercakap denganku. "Assalamualaikum, umi. Kenapa ni umi ?" aku sudah tertanya-tanya di dalam hati. Ada apa-apa yang tidak elok telah berlaku kah ? Nauzubillah. Minta dijauhkan.


   "Maaf jika umi  menganggu kamu." Kedengaran suara umi dihujung talian.


   "Tidak umi. Ada apa-apakah umi ? Beritahu Zarah, umi."


   "Umi cuma nak beritahu yang Nani tahu akan kepulangan kamu ke teratak." Terkejut aku dibuatnya. Memang aku pasti kelibat yang kulihat itu memang Nani.


   "Bagaimana dia tahu umi ? Adakah umi memberitahunya ?"


   "Umi tiada niat untuk memberitahunya, tapi dia sendiri yang lihat dan dia bertanya kepada umi. Umi jadi serba salah."


   "Oh begitu, tak mengapalah umi. Nanti kalau ada masa yang terluang dan apabila Zarah sudah bersedia, Zarah sendiri akan menceritakan segalanya kepada Nani."


   "Baiklah Zarah kalau begitu. Umi tidak memaksa. Itu hak Zarah. Ingat pesanan umi tadi."


   "Ya, umi. Zarah ingat. Lagi satu, tolong pesan juga pada Nani, Zarah akan bertemu dengan dia, tapi bukan sekarang waktunya,"


   "Hmm, baiklah. Umi nak sambung kerja. Assalamualaikum."


   "Waalaikumsalam" Telefon bimbit aku serahkan semula kepada kakak. Bagaimana aku ingin berhadapan dengan Nani nanti ? Apa reaksi yang akan diberikannya nanti. Adakah dia masih menerimaku ? Ya Allah bantu hambaMu. Ya Allah. Kenapa dada terasa sakit ? Aku perlu kuat. Aku tak boleh lemah.


     Perlahan-lahan aku berjalan masuk ke dalam bilik. Tanganku cepat menyelongkar laci mencari sesuatu. Astaghfirullah. Kenapa aku tidak ingat yang ia sudah habis dan sepatutnya aku membelinya hari ni. Semakin sakit dadaku ini seperti ditutuk oleh jarum. Aku mencapai telefon di atas meja seraya mendail nombor telefon kakak.


     "Kak, Zarah minta tolong...." Dalam kesakitan aku berkata. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.


     "Zarah! kenapa ni ?" Suaranya menjadi cemas. Aku tidak dapat menahan lagi. Ya Allah. Pandanganku menjadi kabur dan berpinar seperti sekelilingku sedang berpusing. Allah.



*****


Sinaran matahari menembusi tingkap yang dilindungi langsir membuatkan aku terpisat-pisat mengosok mata. Silau dibuatnya. Aku melihat keadaan sekeliling dengan mata yang agak kabur. Di mana aku sekarang ? Sepertinya tadi aku mendengar suara merdu mengaji dan membaca yasin.


      Aku mengagahkan badan untuk bangun. Aku cuba menarik tanganku tapi gagal. Ya Allah apa sudah berlaku sebenarnya ? Aku cuba mengingat namun tidak boleh malahan kepala ku menjadi begitu sakit.


     "Kak Zarah..." satu suara memanggil namaku. Aku cuba mengingat wajah comel dihadapanku. Nani. Bagaimana dia boleh ada disini ? Dua orang wanita menghampiriku. Kakak dan umi. Aku masih mengingati wajah mereka.


     "Zarah...Alhamdulilah." melirih suara umi mengucap syukur.


     "Alhamdulilah...Zarah sudah sedar," kakak turut mengucap syukur.


    "Apa sudah berlaku umi ? Zarah dimana sekarang ?" walaupun terasa lemah sekali badanku, aku kuatkan juga untuk bertanya. Kelihatan segaris senyuman dibibir umi.


    "Zarah di hospital," kakak menjawab soalanku. Hospital? Aku cuba mengingati apa yang telah berlaku sebelum aku boleh berada disini.


*****


   "Kak, Zarah minta tolong..." Dalam kesakitan aku berkata. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.


    "Zarah! Kenapa ni ? " Suaranya menjadi cemas. Aku tidak dapat menahan lagi. Ya Allah, pandanganku menjadi kabur dan berpinar seperti sekelilingku sedang berpusing. Allah.

   Telefon terlepas daripada gengamanku dan jatuh ke lantai. "Kakak...." Aku turut rebah ke lantai.

   Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas aku rebah ke lantai. Aku tidak dapat mengingati. Terasa sakit sekali. Ya Allah aku memohon, kuatkan hambaMu ini untuk menjalani ujianMu yang mendatang. Airmataku mengalir di pipi seketika.


*****


Hari ini, Doktor Fikah memberitahuku khabar gembira. Aku akan pulang ke rumah setelah beberapa hari di hospital. Aku dibawa pulang ke Teratak. Umi tidak membenarkan aku tinggal di Resort kerana jauh dan umi ingin memastikan aku dalam keadaan sihat disampingnya.


   Ramai yang menyambut kepulanganku ke Teratak, adik-adik, Pak Cik dan Mak Cik. Lama aku tidak melihat wajah mereka. Tapi... satu wajah yang paling aku rindui tiada. Ke mana dia pergi ? Aku akan berjumpanya nanti. Semua kelihatan gembira dengan kepulangan aku, umi bercadang membuat sedikit kenduri kesyukuran.


   Aku menghampiri Nani yang sedang duduk di atas buaian. "Assalamualaikum,Nani " Nani seperti menjangka kedatanganku. "Waalaikumsalam,Kak Zarah." Nani terus berdiam setelah menjawab salamku.


   "Nani sihat ? Lama akak tak jumpa Nani," aku memulakan bicara. Nani memandangku sekilas.


   "Kak Zarah jahat! Kak Zarah dah tak sayang Nani lagi " luahan Nani membuatkan aku agak terkejut. Sampai begitu sekali Nani beranggapan tentang aku. Ya Allah salahkah apa yang aku buat ? Nani menangis tersedu-sedu. Aku menariknya ke dalam pelukan. Nani tidak bersalah.


   "Akak minta maaf Nani. Akak tak ada niat nak buat Nani begini. Percayalah, akak sayang Nani dan adik-adik yang lain. Akak ada sebab kenapa akak buat semua ni." Panjang lebar aku menerangkan kepada Nani. Harap Nani situasi akak sekarang. Nani meleraikan  pelukan dan memandang tepat ke arahku.


   "Beritahu Nani, apa sebab kak Zarah tak nak jumpa Nani," aku tersenyum manis. Lembut juga hatinya.


   "Maaf, belum masanya akak nak beritahu Nani lagi. " Nani menarik muncung. Aku ketwa kecil. Dia memang penghiburku yang comel.


    "Alahai, comel adik akak. Senyum sikit. Lagi comel." Nani tersenyum sambil menayangkan barisan giginya.


   "Kak Zarah janji tau,"


   "In shaa Allah, sayang."