However you try to deny your feeling. Believe that, your heart never lie you about what you feel are.

Friday, 28 December 2012

Cerpen Part last (ending)


Keesokkanya harinya, aku ditemani umi dan kakak ke hospital bertemu dengan Doktor Fikah. Aku sendiri hairan, apa tujuannya Doktor Fikah mahu bertemu denganku ?

     Daun pintu aku tolak dengan tongkat di tangan. Kakak memimpin aku duduk di kerusi. Aku hanya tersenyum.


     "Assalamualaikum...Doktor Fikah," aku tidak tahu di mana kelibat Doktor Fikah. Mungkin dihadapanku.


     "Waalaikumsalam.. Zarah. Apa khabar Zarah ?" suara lembut Doktor Fikah kedengaran di cuping telinga.


      "Alhamdulilah, baik. Hal apa yang Doktor Fikah mahu bincangkan dengan Zarah?" aku terus bertanya tidak mahu berlengah-lengah lagi.


     "Sebenarnya begini Zarah, kalau Zarah mahu, Zarah boleh lakukan pembedahan mata. Penderma kita boleh cari untuk mengantikan mata Zarah." Aku terkesima sebentar. Apakah ? Aku tidak salah dengar kan ?


    "Betul kah doktor ?" Aku masih tidak percaya akan kenyataan yang baru dikatakan oleh Doktor Fikah.


    "Ya, Zarah." Bahuku diusap lembut oleh tangan umi.


    "Ya Allah, alhamdulilah...Terima kasih Ya Allah. Terima kasih doktor Fikah." Aku sungguh bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang sebegini. Terima kasih Ya Allah.


   "Kalau Zarah dan keluarga sudah setuju, umi atau kakak Zarah boleh tandatangan beberapa dokumen persetujuan untuk menjalani pembedahan."


   "Umi...kakak..."


  "Tidak mengapa, biar kakak yang tandatangani dokumen ni semua ya. Apa-apa pun, Zarah mesti jalani pembedahan ni."


*****

Seusai menyelesaikan dokumen persetujuan pembedahan, aku ditahan di wad sementara waktu sebelum hari pembedahan. Pelbagai perasaan menyelubingi aku tika ini. Risau, resah, takut dan gembira. Risau dan resah kerana aku bakal menjalani pembedahan. Takut jika pembedahan ini tidak berjaya. Gembira kerana aku akan melihat semula seperti dulu. Aku akan tolak segala perasaan itu. Apa yang patut aku fikirkan, Allah sentiasa bersama aku. In shaa Allah, dengan izin-Nya, pembedahan ini berjalan dengan lancar.

     Aku tersedar daripada lena. Aku langsung tidak sedarkan diri sebelum pembedahan. Terpisat-pisat aku bangun daripada lena. Balutan yang menutupi mata dibuka oleh Doktor Fikah. Perlahan-lahan aku cuba membuka kelopak mata. Terkelip-kelip mataku melihat sekeliling. Wajah yang sudah lama tidak kulihat semenjak aku buta.


    Ya Allah... alhamdulilah Kau beri aku peluang melihat untuk kali kedua. Syukur ke hadrat Ilahi. Kau makbulkan doa-doaku dan doa-doa mereka yang mendoakan kesembuhanku. Aku berjanji tidak akan sesekali mensia-siakan peluang ini.


   "Zarah...ni umi, nak.." aku memandang ke arah wajah umi. Rindu sungguh rasanya. Aku terus memeluk umi. Setelah itu, pelukan dileraikan. Aku menyeka airmata kesyukuran umi. Aku mengalih pandangan ke arah tubuh kecil dihujung katil.


   "Nani ?" tubuh kecil itu terus memelukku.


   "Zarah, alhamdulilah pembedahan ni berlajan lancar. Zarah kena jaga baik-baik mata ni ya." pesan Doktor Fikah lembut.


   "Alhamdulilah. Terima kasih, Doktor Fikah. In shaa Allah, Zarah janji akan jaga mata baik-baik." sempat aku memanggil Doktor Fikah sebelum dia berlalu.


   "Doktor, boleh saya tahu, siapa Hamba Allah yang telah mendermakan mata ini buat saya ?" Doktor Fikah hanya tersenyum manis.


*****

SETAHUN KEMUDIAN....

Telekungku buka dan lipat. Kemudian sejadah juga aku lipat. Aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Hampir setahun berlalu selepas aku menjalani pembedahan. Alhamdulilah, aku dapat menjalani hari-hariku seperti sediakala. Sepasang mata ini aku gunakan sebaik mungkin. Dan tidak mungkin aku ingin mensia-siakan sepasang mata yang telah dipinjamkan buatku. Aku tidak akan lupa jasa baik Hamba Allah itu atas kesanggupannya mendermakan sepasang mata ini buatku. Subahanallah...

     Aku melangkah ke tempat biasaku. Sudah beberapa jam, aku dan keluargaku di teratak sampai di resort untuk menghadiri majlis barbeku yang teman baik abang adakan. Dengan besar hati kami menerimanya. Aku duduk di atas bangku disitu. Merenung jauh ke arah tumbuhan hijau yang terbentang luas itu.


     "Assalamualaikum, Zarah" Terkejut dibuatnya aku. Tiba-tiba saja ada orang memberi salam ketika aku sedang dibuai dengan keindahan alam dihadapanku. Aku bangun dan menoleh ke arah suara itu.


    "Waa...waalaikumsalam. Ezairy ? " betapa terkejutnya aku dengan susuk tubuh dihadapanku ini. Betulkah ? Aku tidak silap lihat kan ? Aku mencubit pipiku sikit untuk memastikan yang aku bukan sedang bermimpi.


    "Zarah tak bermimpi di siang harilah. Ni memang saya Ezairy." tegur Ezairy. Aku termalu sendiri. Mengapa Ezairy boleh berada disini sedangkan sekarang dia sepatutnya di luar negara menyambung pembelajarannya ?


    "Bagaimana Ezairy boleh ada disini ? Bukankah seka..." belum sempat aku menghabiskan kata, Ezairy terlebih dahulu memotong.


   "Saya dijemput sekali untuk memeriahkan majlis. Sekarang saya sedang bercuti, jadi saya pulang ke sini untuk melawat mak, keluarga dan kawan-kawan saya" seraya itu Ezairy senyum. Oh, begitu rupanya. Aku teranguk-anguk.


    Teringat aku, perbualan dengan Doktor Fikah mengenai penderma yang baik hati mendermakan sepasang mata buatku.


   "Boleh saya tahu, siapa Hamba Allah yang telah mendermakan mata ini buat saya ?" Doktor Fikah hanya tersenyum manis.


    "Ezairy...yang..."


    "Hah ? Ezairy ?" Doktor Fikah tersenyum lagi sambil menggeleng.


    "Bukan Ezairy. Dia cuma tolong carikan penderma untuk Zarah. Hamba Allah tu ialah kawan Ezairy."


    "Boleh saya jumpa Ezairy dan kawan dia ?" aku sungguh terhutang budi kepada mereka. Dan paling penting, aku ingin sekali mengucapkan terima kasih.


   "Maaf, Zarah. Ezairy tak ada disini sekarang. Dia ke luar negara sekarang untuk sambung belajar. Beberapa jam yang lalu, dia bertolak ke sana." Hampa sekali aku mendengar. Bagaimana aku ingin mengucapkan terima kasih ini. Aku memejamkan mata.


    "Zarah ? Jauhnya Zarah mengelamun" aku tersentak. Ya Allah. Aku tak perasan yang aku sudah jauh termenung.


   "Minta maaf. Ezairy, boleh Zarah tahu kenapa Ezairy susah payah carikan penderma mata untuk Zarah ?"


   "Hmm...sebab Kak Fikah kata yang awak masih boleh melihat kalau ada yang ingin mendermakan mata. Jadi, saya tolong carikan penderma mata untuk Zarah. Kawan saya, sudi dermakan sepasang mata dia untuk awak."


   "Di mana dia sekarang?"


   "Dia dah tak ada. Dia dah meninggal masih dia dermakan mata dia untuk Zarah." Subahanallah...Ya Allah. Mulia sungguh hati orang itu. Moga dia di tempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Aku tidak dapat menahan sebak. Cepat-cepat aku menyeka airmata yang mengalir dipipi. Kebetulan Nani datang menghampiri kami.


   "Kak Zarah, umi panggil makan. Abang Ezairy pun sama." Kami hanya mengangguk.


   "Jom, kita makan Zarah." pelawa Ezairy sebelum melangkah untuk pergi.


   "Tunggu Ezairy!" Langkah Ezairy terhenti lalu menoleh ke belakang.


   "Zarah...nak ucapkan terima kasih pada Ezairy. Hampir setahun, baru sekarang Zarah berkesempatan untuk ucap terima kasih pada Ezairy. Terima kasih atas bantuan yang tidak ternilai harganya. Moga Allah membalas jasa baik Ezairy dan teman Ezairy."


   "Sama-sama. Ketika Allah mengambil sesuatu yang baik dari hidup kita bersyukurlah, kerana Allah telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik buat diri kita." Ezairy tersenyum.


   "Ermm.." aku mengganguk seraya tersenyum. Kami berjalan bersama Nani ke resort untuk menjamah makanan yang telah disediakan. Terima kasih Ya Allah, kau menghadirkan aku seorang teman yang sungguh berhati mulia. Aku sendiri tidak menyangka dia bakal menolongku. Syukur ke hadrat Ilahi. Selepas ini aku akan sentiasa ingat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikamah disebaliknya.



.::TAMAT::.