Rasulullah s.a.w. pernah menasihatkan seorang lelaki:"jangan marah". (Riwayat al-Bukhari)Menurut al-Khattabi,maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya.Mari perhatikan adab-adab ketika marah seperti berikut:~
★Jangan marah kecuali kerana Allah.
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Demi Allah Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar,maka beliau akan marah kerana Allah". (Riwayat al-Bukhari no.6404)
★Ingat kekuasaan dan keagungan Allah ketika marah.
★Menahan marah.
Allah menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:"...dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan". (Surah Ali 'Imran 3:134)
★Berlindung kepada Allah ketika marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika seseorang yang marah mengucapkan 'A'uzubillah' (aku berlindung kepada Allah),nescaya akan reda kemarahannya". (Riwayat Ibn 'Adi)
★Diam.
Daripada Imam Ahmad,maksud sabda Baginda s.a.w.:"Ajarilah,permudahkanlah dan jangan menyusahkan.Apabila salah seorang daripada kalian marah,hendaklan ia diam".
★Mengubah posisi.
Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya:"Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri,maka hendaklah ia duduk.Apabila marahnya tidak hilang juga,maka hendaklah ia berbaring". (Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Ibn Majah).
★Berwuduk.
Marah itu api syaitan.Oleh sebab itu,sejukkan marah dengan berwuduk.
★Bersabar dan memaafkan.
Sebaik-baik orang yang marah,memaafkan orang yang dimarahinya.Maksud firman Allah:"Dan jika mereka marah,mereka memberi maaf". (Surah Al-Syura 42:37)
★Jangan berdendam.
Allah berfirman yang bermaksud:"Dan jika kamu memberikan balasan,maka balaslah dengan balasan yang sama denagn seksaan yang ditimpakan kepadamu.Jika kamu bersabar,sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar". (Surah Al-Nahl 16:126)