However you try to deny your feeling. Believe that, your heart never lie you about what you feel are.

Sunday, 16 September 2012

kata-kata hikayat


1-Bermimpi tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerana kamu hanya memiliki satu kehidupa dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang kamu lakukan.

2-Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah.
Hanya mereka yang menetapkan pendangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

3-Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup, tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

4-Kenangan merupakan aset yang penting dalam ingatan manusia. Kenangan yang manis membawa kegembiraan. Kenangan yang pahit membawa seribu kepahitan. Namun, tidak kira manis atau pahit, manusia bergantung kepadanya untuk terus mencapai kejayaan yang diingini. Akan tetapi, kenangan juga membawa racun yang mampu membunuh kejayaan itu.

5-Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

6-Melepaskan bukan bermakna berputus asa, tetapi bermulanya cerita kebahagian.

7-Kadangkala,kita tidak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya.Namun begitu, tanpa kita sedari ia sebenarnya mengejar kita.

8Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas walaupun tidak cantik,ia tetap mempunyai sejuta makna.

9-Orang yang berani tidak akan membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.

10-Ambillah waktu untuk bermain itu adalah rahsia masa muda yang abadi.

11-Kemenangan bukanlah bukti seseorang itu adalah jurulataih yang terbaik, tapi jurulatih yang terbaik adalah seseorang yang biajk mengawal pemainnya.

12-Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. 

13-Kekuatan itu tidak terbina atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbian atas keyakinan dan optimisnya seseorang dan keserasian kumpulannya.

14-Kekuatan manusia bukan terletak pada kehebatan,bukan juag pada bentuk fizikalnya, tetapi falsafah hidupnya. Walau sehebat mana pun seseorang itu, jika di dadanya tiada falsafah akan layulah dia seperti daun-daun yang layu ke bumi.

15-Jika anda berhasrat untuk berjaya hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

16-Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi budi pekerti.

17-kekalahan bukan bermakna kekurangan, kemenangan bukan bermakna kejayaan tapi kedua-duanya adalah permulaan satu kehidupan.

18-Tiada manusia dalam dunia ini memahami diri seseorang walaupun diri sendiri. Berterus terang hanya itu sahaja jalan untuk mengenalinya.

19-Dalam hidup , terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak diingini. Dan ketika kita mendapatkan apa kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

20-Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit pada hati di masa lalu.

21-Percayalah, esok belum tentu boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

22-Tiada seorang pun dalam dunia ini dapat menggantikan orang yang telah tiada. Biarpun terdapat persamaan dari segi wajahnya,suaranya,tingkah lakunya dan senyumannya,tetapi mereka tetap dua orang yang berbeza.

23-Take the first step in faith.You don't have to see the whole staircase,just take the first step. -Martin Luther King Jr.

24-And then a hero comes along with the strength to carry on.And you cast your fears aside.And you know you can survive.

25-So when you feel like hope is gone,look inside you and be strong.And you'll finally see the truth.That a hero lies in you.

Daripada : Novel Hikayat Cinta ^_^