However you try to deny your feeling. Believe that, your heart never lie you about what you feel are.

Friday, 28 December 2012

Cerpen Part 1


Suasana hening di waktu pagi, embun membasahi tumbuhan hijau. Melihat keindahan daun yang menghijau sungguh menyenangkan. Subahanallah, memang indah segala ciptaan Tuhan. Aku melangkah kaki ke sebuah gerai berdekatan. Seusai menunaikan solat subuh tadi, aku terus melangkah ke tempat biasaku untuk mengambil angin pagi. Nyaman rasanya. Segalanya yang memberatkan minda seperti hilang seketika. Seperti yang aku sangkakan, kakak dan abang sudah menunggu kehadiranku.

     "Assalamualaikum, akak dan abang. Zarah ada beli sarapan untuk akak dan abang."


     "Waalaikumsalam. Terima kasih Zarah. Mari makan sekali." pelawa kakak. Aku memberikan senyuman.

            
     "Tak mengapa kak, Zarah tak lapar lagi. Abang dengan akak makanlah. Zarah masuk ke bilik." Aku  menolak pelawaan kakak.

     "Zarah kena jaga kesihatan. Makan sikit ya." Aku terpaksa turutkan untuk menjaga hatinya. Sememangnya aku tidak mahu makan walaupun terkadang perut minta diisi. Terasa pahit tekak ini menerima makanan, aku kuatkan juga untuk menguyah makanan.



*****


Seusai sarapan,aku menelan beberapa biji pil. Lega sikit rasanya. Hampir semimggu lebih aku berada di Resort kepunyaan sahabat baik abang. Resort ini mempunyai kedudukan yang strategik dan permandangan yang menyamankan. Kakak dan abang yang mencadang tempat ini untukku. Aku mengambil tempat di balkoni bilik.


    Abang sudah ke pejabat selepas sarapan,kakak pula ke kedai membeli barang. Setiap hari kakak akan memastikan aku dalam keadaan selamat setelah abang ke pejabat selama seminggu lebih di sini. Aku hanya terperap di dalam bilik sahaja kecuali pada waktu pagi selepas subuh,aku pasti akan ke tempat biasaku. Abang tidak membenarkan aku keluar sendirian jika tanpa kakak bersama. Untuk menjaga keadaanku dan keselamatanku, aku ikutkan sahaja arahan mereka tanpa alasan.


   Pada mulanya, terasa bosan tanpa sebarang aktiviti, lama kelamaan aku biasakan diri. Ahh! Rindu untuk berjumpa adik-adik di Teratak Permai Bestari. Tapi apakan daya, aku belum bersedia untuk pulang ke sana. Aku takut mereka tidak dapat menerima kenyataan. Umi pun memahamiku. Ya Allah, kuatkan aku menjalani segala ujianMu.



*****


"Zarah, akak dengan abang rancang nak pulang melihat keadaan umi." aku diam sahaja mendengar rancangan kakak. Kelu lidah untuk berkata. Haruskah aku pulang ? Sedangkan aku belum bersedia lagi. Aku juga ingin melawat umi. Rindu ingin melihat wajah bersih umi yang selalu menenangkan hati.


    "Kalau Zarah rasa belum sedia, akak sampaikan salam Zarah buat umi." Lama aku terdiam, akhirnya aku bersuara juga.


     "Kakak, Zarah rindu sangat dengan umi, Zarah ingin sekali berjumpa umi dan adik-adik."


     "Akak faham perasaan Zarah. Kalau begitu Zarah pulanglah bertemu umi. Pasal adik-adik, biar abang dan kakak uruskan." Mataku tidak dapat menahan airmata daripada mengalir. 


    "Terima kasih,kak." Aku terus memeluk kakak.



*****


Hati terasa begitu resah. Adakah apa yang aku buat ini betul? Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini. Hari ini aku akan bertemu dengan umi. Tapi sayang, hanya sebentar sahaja. Aku berharap kedatangan aku ini memberi kegembiraan dihati umi, walaupun hatiku ingin sekali bertemu adik-adik, terutama sekali Nani. Penghiburku yang manis. Maafkan kak Zarah, Nani. Kakak terpaksa.


      Keadaan agak sunyi ketika kereta abang tiba di pekarangan Teratak Permai Bestari.


     "Zarah, mari ikut akak." aku mengekori kakak masuk ke dalam Teratak. Ekor mataku seperti terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Ya Allah, aku tidak mahu bertemu dengannya lagi. Aku menyegerakan langkah dan wajah yang sangat kurindui sudah berada dihadapan. Alhamdulilah aku diberi peluang bertemu umi yang disayangi. Umi tersenyum manis kepadaku.


     "Assalamualaikum, Zarah anak umi."


     "Waalaikumsalam, umi." Aku tidak dapat menahan airmata lagi lalu memeluk umi erat. Umi mengusap lembut bahuku. "Umi, Zarah rindu sangat dengan umi. Zarah rindu adik-adik, rindu teratak," tersedu aku berkata dalam pelukan umi.


     "Umi faham perasaan Zarah sayang," Kakak turut menangis disamping aku dan umi. Walaupun sebentar pertemuan dengan umi, itu sudah cukup mengembirakan bagiku.


     "Jangan risaukan umi disini, umi boleh menjaga diri. Jaga diri dan kesihatan kamu. Umi akan sentiasa mendoakan kamu disana." Pesanan umi sebelum kami berangkat pulang, masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Terasa seperti ingin terus berada sisi umi di teratak, tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Aku reda dengan ketentuanNya.



*****


Tiba di Resort, kakak menerima panggilan daripada umi. Telefon bimbit kakak diberi kepadaku kerana umi ingin bercakap denganku. "Assalamualaikum, umi. Kenapa ni umi ?" aku sudah tertanya-tanya di dalam hati. Ada apa-apa yang tidak elok telah berlaku kah ? Nauzubillah. Minta dijauhkan.


   "Maaf jika umi  menganggu kamu." Kedengaran suara umi dihujung talian.


   "Tidak umi. Ada apa-apakah umi ? Beritahu Zarah, umi."


   "Umi cuma nak beritahu yang Nani tahu akan kepulangan kamu ke teratak." Terkejut aku dibuatnya. Memang aku pasti kelibat yang kulihat itu memang Nani.


   "Bagaimana dia tahu umi ? Adakah umi memberitahunya ?"


   "Umi tiada niat untuk memberitahunya, tapi dia sendiri yang lihat dan dia bertanya kepada umi. Umi jadi serba salah."


   "Oh begitu, tak mengapalah umi. Nanti kalau ada masa yang terluang dan apabila Zarah sudah bersedia, Zarah sendiri akan menceritakan segalanya kepada Nani."


   "Baiklah Zarah kalau begitu. Umi tidak memaksa. Itu hak Zarah. Ingat pesanan umi tadi."


   "Ya, umi. Zarah ingat. Lagi satu, tolong pesan juga pada Nani, Zarah akan bertemu dengan dia, tapi bukan sekarang waktunya,"


   "Hmm, baiklah. Umi nak sambung kerja. Assalamualaikum."


   "Waalaikumsalam" Telefon bimbit aku serahkan semula kepada kakak. Bagaimana aku ingin berhadapan dengan Nani nanti ? Apa reaksi yang akan diberikannya nanti. Adakah dia masih menerimaku ? Ya Allah bantu hambaMu. Ya Allah. Kenapa dada terasa sakit ? Aku perlu kuat. Aku tak boleh lemah.


     Perlahan-lahan aku berjalan masuk ke dalam bilik. Tanganku cepat menyelongkar laci mencari sesuatu. Astaghfirullah. Kenapa aku tidak ingat yang ia sudah habis dan sepatutnya aku membelinya hari ni. Semakin sakit dadaku ini seperti ditutuk oleh jarum. Aku mencapai telefon di atas meja seraya mendail nombor telefon kakak.


     "Kak, Zarah minta tolong...." Dalam kesakitan aku berkata. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.


     "Zarah! kenapa ni ?" Suaranya menjadi cemas. Aku tidak dapat menahan lagi. Ya Allah. Pandanganku menjadi kabur dan berpinar seperti sekelilingku sedang berpusing. Allah.



*****


Sinaran matahari menembusi tingkap yang dilindungi langsir membuatkan aku terpisat-pisat mengosok mata. Silau dibuatnya. Aku melihat keadaan sekeliling dengan mata yang agak kabur. Di mana aku sekarang ? Sepertinya tadi aku mendengar suara merdu mengaji dan membaca yasin.


      Aku mengagahkan badan untuk bangun. Aku cuba menarik tanganku tapi gagal. Ya Allah apa sudah berlaku sebenarnya ? Aku cuba mengingat namun tidak boleh malahan kepala ku menjadi begitu sakit.


     "Kak Zarah..." satu suara memanggil namaku. Aku cuba mengingat wajah comel dihadapanku. Nani. Bagaimana dia boleh ada disini ? Dua orang wanita menghampiriku. Kakak dan umi. Aku masih mengingati wajah mereka.


     "Zarah...Alhamdulilah." melirih suara umi mengucap syukur.


     "Alhamdulilah...Zarah sudah sedar," kakak turut mengucap syukur.


    "Apa sudah berlaku umi ? Zarah dimana sekarang ?" walaupun terasa lemah sekali badanku, aku kuatkan juga untuk bertanya. Kelihatan segaris senyuman dibibir umi.


    "Zarah di hospital," kakak menjawab soalanku. Hospital? Aku cuba mengingati apa yang telah berlaku sebelum aku boleh berada disini.


*****


   "Kak, Zarah minta tolong..." Dalam kesakitan aku berkata. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.


    "Zarah! Kenapa ni ? " Suaranya menjadi cemas. Aku tidak dapat menahan lagi. Ya Allah, pandanganku menjadi kabur dan berpinar seperti sekelilingku sedang berpusing. Allah.

   Telefon terlepas daripada gengamanku dan jatuh ke lantai. "Kakak...." Aku turut rebah ke lantai.

   Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas aku rebah ke lantai. Aku tidak dapat mengingati. Terasa sakit sekali. Ya Allah aku memohon, kuatkan hambaMu ini untuk menjalani ujianMu yang mendatang. Airmataku mengalir di pipi seketika.


*****


Hari ini, Doktor Fikah memberitahuku khabar gembira. Aku akan pulang ke rumah setelah beberapa hari di hospital. Aku dibawa pulang ke Teratak. Umi tidak membenarkan aku tinggal di Resort kerana jauh dan umi ingin memastikan aku dalam keadaan sihat disampingnya.


   Ramai yang menyambut kepulanganku ke Teratak, adik-adik, Pak Cik dan Mak Cik. Lama aku tidak melihat wajah mereka. Tapi... satu wajah yang paling aku rindui tiada. Ke mana dia pergi ? Aku akan berjumpanya nanti. Semua kelihatan gembira dengan kepulangan aku, umi bercadang membuat sedikit kenduri kesyukuran.


   Aku menghampiri Nani yang sedang duduk di atas buaian. "Assalamualaikum,Nani " Nani seperti menjangka kedatanganku. "Waalaikumsalam,Kak Zarah." Nani terus berdiam setelah menjawab salamku.


   "Nani sihat ? Lama akak tak jumpa Nani," aku memulakan bicara. Nani memandangku sekilas.


   "Kak Zarah jahat! Kak Zarah dah tak sayang Nani lagi " luahan Nani membuatkan aku agak terkejut. Sampai begitu sekali Nani beranggapan tentang aku. Ya Allah salahkah apa yang aku buat ? Nani menangis tersedu-sedu. Aku menariknya ke dalam pelukan. Nani tidak bersalah.


   "Akak minta maaf Nani. Akak tak ada niat nak buat Nani begini. Percayalah, akak sayang Nani dan adik-adik yang lain. Akak ada sebab kenapa akak buat semua ni." Panjang lebar aku menerangkan kepada Nani. Harap Nani situasi akak sekarang. Nani meleraikan  pelukan dan memandang tepat ke arahku.


   "Beritahu Nani, apa sebab kak Zarah tak nak jumpa Nani," aku tersenyum manis. Lembut juga hatinya.


   "Maaf, belum masanya akak nak beritahu Nani lagi. " Nani menarik muncung. Aku ketwa kecil. Dia memang penghiburku yang comel.


    "Alahai, comel adik akak. Senyum sikit. Lagi comel." Nani tersenyum sambil menayangkan barisan giginya.


   "Kak Zarah janji tau,"


   "In shaa Allah, sayang."